Kenali Krishna Krish: Perjalanan Dari Trauma ke Tujuan
Hai dan selamat datang! Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk mengenali saya dan perjalanan hidup saya. Izinkan saya untuk perkenalkan diri : bukan sekadar dengan fakta, tetapi dengan sebuah kisah. Kisah tentang perjuangan, ketabahan, dan misi yang akhirnya membawa kepada idea ‘Program Memahami Lelaki’, sebuah inisiatif khas untuk meneroka serta menangani cabaran yang dihadapi oleh lelaki dalam dunia hari ini.
Saya Krish Umar @ Krishna Krish, berusia 34 tahun dari Kuala Lumpur, Malaysia. Kerja profesional saya ialah sebagai Eksekutif Logistik di sebuah syarikat teknologi maklumat Singapura yang beroperasi di Mont Kiara, KL. Tetapi di luar kerjaya, saya adalah seorang aktivis pelik, seorang pencerita, dan seorang yang percaya bahawa perubahan itu bukan hanya perlu – tetapi mesti diperjuangkan.
Saya ialah anak sulung dalam keluarga, dengan dua orang adik lelaki di mana salah seorang daripadanya baru meninggal dunia Disember lepas. Kehilangan itu menjadi satu lagi pengalaman pahit dalam kehidupan tapi menjadikan cerita hidup ini lagi menarik yang kadang sukar dapat dibayangkan oleh orang lain.
Perjalanan Yang Membentuk Saya
Apa yang saya lakukan hari ini tak pernah dirancang. Ia lahir daripada trauma: trauma yang meninggalkan luka mendalam tetapi pada masa yang sama, membakar semangat cari tujuan hidup.
‘Trauma krisis identiti, membesar dalam keluarga retak, menyaksikan pertelingkahan ibu bapa setiap hari’
‘Trauma penghijrahan, berpindah dari kampung ke tengah bandar yang penuh cabaran’
‘Trauma kehilangan, berpisah dengan orang-orang yang dicintai’
‘Trauma keganasan, daripada mangsa buli hingga terjebak dalam dunia gelap gengsterisme’
‘Trauma kelangsungan hidup, harungi detik terselamat dari dibunuh dan juga cubaan membunuh diri’
‘Trauma tak dapat kasih sayang, menjalani kehidupan dengan jiwa kosong yang tidak seharusnya dialami oleh mana-mana kanak’
Namun, di sebalik kegelapan ini, Tuhan Yang Maha Esa telah menetapkan jalan untuk saya. Saya diberi peluang untuk berjaya dalam akademik, ditemukan dengan insan-insan yang menunjukkan kasih sayang, dan diberikan pendedahan serta pengalaman yang membentuk saya menjadi lebih baik.
Dengan berkat tersebut, perjalanan bermula pada tahun 2015 dan sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang.
Daripada seorang yang pemalu dan suka bekerja di belakang tabir, saya menjadi seorang yang lantang bersuara, berjuang dan bertindak. Saya terlibat dan menyentuh isu pemerkasaan belia, hak wanita, kesihatan mental, hak asasi manusia, sejarah, dialog antara agama serta budaya dan perpaduan-bahasa-identiti nasional. Dengan penglibatan dalam organisasi tempatan dan antarabangsa, saya belajar bahawa perubahan hanya akan berlaku jika kita berani memulakan langkah pertama.
10 Tahun Dalam Dunia Aktivisme & Misi Baharu
Tahun ini menandakan 10 tahun perjalanan saya dalam dunia khidmat masyarakat. Ia penuh dengan jatuh bangun, kemenangan dan pengkhianatan, kasih sayang dan kebencian, sokongan dan tentangan. Tetapi setiap pengalaman ini telah menjadi guru yang membentuk saya pada hari ini.
Kini, fokus saya adalah pada sesuatu yang sangat peribadi dan amat diperlukan pada zaman sekarang – ‘Program Memahami Lelaki’. Ia bukan sekadar tentang lelaki, tetapi tentang memahami cabaran yang mereka lalui, peperangan emosi yang tak dapat diluahkan, dan bagaimana semua ini memberi kesan kepada dunia – terutamanya kepada wanita. Inisiatif ini bukan hanya untuk lelaki. Ia adalah tentang membina masyarakat komprehensif yang lebih baik untuk semua.
Sertai Misi Ini
Di bawah, anda boleh lihat maklumat kerja aktivisme terbaru saya. Jika anda berminat dan ingin ikuti perjalanan ini, boleh berhubung dengan saya melalui Instagram, Facebook dan platform media sosial lain.
Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Mari lah kita bersama-sama membina dunia yang lebih memahami, lebih menyembuhkan, dan lebih memperkasakan satu sama lain.
KRISH UMAR BIN ILLANGOVAN
Pendidikan: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) St. John’s Institution Jalan Bukit Nanas
Jawatan:
- AJK Perpaduan, Hak Asasi Pemuda Gema Pusat Malaysia (2024-kini)
- AJK Program BDS Malaysia (2024-kini)
- Pengasas bersama dan editor Portal Storiesoftm.com (2015-kini)
- Bendahari Pertubuhan E-Dakwah (2024-kini)
- Penyelaras Bandar-Fasilitator Southeast Asian Youth For Humanity SEAY4H (2023-kini)
- Penyelaras Serantau PhoenixTNG Switzerland (2023-kini)
- Pembantu setiausaha Yayasan EWRF Subang Jaya (bermula 2025)
- AJK Balsans Edutainment Toastmasters Club (2023-2024)
- Penyelaras Media Pertubuhan 1TamilanzSangam & Naam Tamilar
- (2015-2017)
- Timbalan Presiden & Penyelaras Program Pertubuhan Sentamizhar Peravai Malaysia (2018-2020)
Penglibatan:
- Pengarah Program dan Ketua Fasilitator inisiatif ‘Suara Lelaki: Ruang Selamat Untuk Didengari, Disokong & Membangun’ (2025).
- Fasilitator Seminar Kesejahteraan Mental Lelaki Valor-XY, ‘Bila Lelaki Hardwork + Heartwork’ (2025).
- Pengarah Program dan Ketua Fasilitator ‘Bengkel Jati Diri, Pembangunan Karakter & Nilai Moral’ bagi pelajar pelbagai bangsa SMK Bandar Baru Sri Sendayan (2025).
- Pembantu AV sambutan ‘Hari Wanita Sedunia’ oleh MIASA Malaysia (2025).
- Juruacara Bengkel Pengurusan Organisasi BPO x GEMA(2025).
- Fasilitator ‘Mapping’ Orang Asli Epic Homes(2025).
- Pemenang Anugerah ’Social Impact Leadership’ dan ‘High Engagement’ dalam Program Pembangunan Sukarelawan VDP, 20 Projek Komuniti oleh Rythm Foundation(2023).
- Ketua Delegasi-Penyelaras Bandar dan Fasilitator Bengkel Perancangan Strategik Southeast Asian Youth For Humanity SEA Y4H di Yogyakarta, Indonesia (2024).
- Pembantu Ketua Delegasi, Penyelaras Bandar Persidangan ‘SEA Dialogue Cities’ dan Fasilitator Tematik Kumpulan Belia di Davao, Filipina (2024).
- Delegasi Malaysia Persidangan SEA Dialogue Cities di Bangkok, Thailand(2023).
- Delegasi Malaysia Persidangan Penyelidikan Tamil Antarabangsa Ke-11(2023).
- Delegasi National Autism Konvensyen, Sibu Sarawak (2024).
- Pengarah Projek Aktiviti Bulan Kemerdekaan GEMA (2024).
- Sukarelawan kempen ‘Jom Bawa Balik Sampah’ & ‘Plogging Merdeka’ di Dataran Putrajaya, kerjasama GEMA dengan PPJ dan SW Corp (2024).
- AJK Pengurusan Sukarelawan Perhimpunan ‘Freedom For Palestine Rally @ Dataran Merdeka’ (2023).
- Pengarah Program Kemanusiaan dan Speaker ‘May 18 Remembrance Day : From Mullivaikal 2009 to Gaza 2023’ di KLSCAH (2024).
- Inisiatif pengumpulan dana untuk pendidikan prasekolah seorang kanak pelarian Eelam Tamil di Johor Bahru, dengan kerjasama Kuil Sri Kandaswamy, Brickfields, Kuala Lumpur(2025).
- Pengarah Program dan Speaker Program ‘Baha Hilo dari West Bank’ di HSCPS, Universiti Malaya(2023).
- Fasilitator Bengkel Advokasi Hak Asasi Manusia untuk mahasiswa mahasiswi oleh MAHAR Malaysian Humanitarian Aid & Relief’s Human Rights di IAIS Malaysia(2023).
- Pembantu media untuk Program ‘International Conference on Palestine Kuala Lumpur ICPKL 2.-0’(2023).
- Fasilitator dan Juruacara Program Kesihatan Mental untuk Penduduk PPR Desa Rejang Setapak oleh Young Minds Malaysia(2023).
- Fasilitator program online siri kesihatan mental warga emas senior 50+ bersama PhoenixTNG (2023-2024).
- AJK dan Sukarelawan dalam Projek ‘Bakul Makanan’ untuk Pelajar India Universiti Tempatan semasa PKP COVID19 bersama Sentamizhar Peravai Malaysia(2020).
- Sukarelawan BANCI Malaysia 2020 di Court Hill Sri Ganesar Temple dengan Jabatan Perangkaan Malaysia Census-Malaysia(2020).
Kursus, bengkel:
- Bengkel Khas Pemahaman Dialog Universiti Malaya (2025)
- Kursus Dialog Antara Agama dan Budaya KAICIID (2024)
- Bengkel Komunikasi SWC Rizal Rashid (2024)
- Kursus Kepimpinan dan Kendiri Ikon Mualaf JAWI (2024)
- Latihan Pembangunan Sukarelawan VDP (2023)
- Kursus Pengurusan Projek Erasmus+ EU Brussels Academy (2024)
- Bengkel Kepimpinan dalam Kesihatan Mental Belia serta Rawatan Kecemasan YMM(2023)
- Pelatih Perancangan Strategik & Media Pilihan Raya Parlimen Batu P115 Parti Warisan (2022)
- Latihan ‘Young Changemakers of Southeast Asia Train-the-Trainer on Transformative Storytelling Program by The Caravanserai Collective & KAICIID’ (2025)
- Latihan sukarelawan ‘Teman Paliatif Tiada Seorang Pun Meninggal Dunia Sendirian – NODAC’ oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (2025)
Kemahiran :
- Penulisan
- Pengucapan Awam
- Koordinasi Program
- Pengurusan multimedia dan laman web
- Sokongan Emosi
- Latihan kepimpinan dan Fasilitator.
Speaker, Panelis:
- Speaker Jemputan untuk Majlis Sambutan Hari Lelaki Sedunia oleh Kelab Rotary KL Sentral & Global Yoga Wellness (2025).
- Panelis Program ‘Bicara Muallaf : Jiwa Yang Dicari, Islam Yang Ditemui’ oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2025).
- Panelis Forum Universiti of Malaya UM-Centre for Civilizational Dialogue (UMCCD) & PROJEK 57 Unity bertajuk ‘Malaysia Harapan Kita’ (2021).
- Panelis untuk Simposium University Tunku Abdul Rahman UTAR’s bertajuk ‘Belia dan Gejala Sosial’(2023).
- Speaker Jemputan untuk University Technology Malaysia UTM’s ‘Busana Merdeka & Celebration Festival’(2023).
- Panelis untuk Program TheSambalPod’s dengan Akademi Dr.Har bertajuk “Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Ibunda”(2023).
- Panelis untuk Forum Dewan Bahasa dan Pustaka DBP’s Palestine bertajuk, ‘Suara Dari Lembah Gaza-Nilai Murni Sejagat’(2021).
- Speaker Jemputan dan Panelis Forum GEMA bertajuk “Humanity Voice for Palestine”.
- Panelis Program IKRAM bertajuk ‘Malam Palestin Di Hati’(2021).
- Speaker Program Malaysia Madani’s, ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Stadium Axiata Arena dirasmikan oleh PM(2023).
- Speaker Program Motivasi Wanita bagi Puteri Muda Islam di Raudhatus Sakinah (2024).
- Panelis Forum International Islamic University Malaysia UIA’s bertajuk ‘Peranan Belia Dalam Krisis Palestin’ (2024).
- Panelis Program Iftar Hidayah Centre Foundation – Tabung Haji bertajuk ‘Road to Fitrah’(2024).
- Panelis Program Perpaduan JPNIN Kementerian Perpaduan ‘Bicara Harmoni’(2024).
- Panel Pakar ‘Advokasi Antarabangsa’ untuk Bootcamp MUDA – TEROKA (2024).
- Speaker Jemputan Sesi Motivasi ‘Kerjaya & Hidup’ untuk Pelajar India Tingkatan 4 & 5 SMK Dato’ Mohd. Said, Negeri Sembilan(2024).
- Speaker Jemputan Program Amal Yayasan Anak Yatim HIICHIIKOK(2024).
- Speaker untuk Program Freedom Film Festival bertajuk ‘3 Days Without Food & Water In Gaza’(2024).
- Penganjur-Penceramah Forum Online bertajuk ‘Hala Tuju Negara & Masyarakat India’ sempena Hari Kebangsaan (2022).


Telefon (Whatsapp) : +6014-6470704 / +6011 1184 2409
Emel : krishnakrisz12@gmail.com / tamizharmedia@gmail.com
ID Media Sosial : krishnakrisz12
03 April 2025
Pingback: Suara Lelaki: Sinar Baharu Kesedaran Emosi dan Persaudaraan Lelaki | stoɾiesoftm